Sunday, April 4, 2010

ASTRO

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Illahi, aku diterima bekerja di Astro sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan atau dengan nama saintifiknya Customer Service Executive. Walaubagaimanapun, aku terpaksa berusaha keras demi mendapatkan status "tetap". Apalah maknanya ada kerja tapikontrak, kan....
Sekarang dah masuk sebulan setengah aku di Astro menjawab panggilan pelanggan Astro. Alhamdulillah, setakat ni, prestasi aku ok, tak la teruk sangat, dan tak pula cemerlang. Aku masih berusaha untuk mencapai status pekerja tetap.
Minggu lepas, aku dapat surat SPA, jemputan ke Peperiksaan Khas untuk jawatan Pegawai Siasatan dan Penguasa Imigresen. Aku tak tahu nak 'study' apa untuk jawab soalan nanti. Aduhai, gementar sungguh rasanya.
Doakan aku berjaya ye, kalau tak dalam kerajaan, berjaya di Astro. (^_^)

Monday, May 4, 2009

AJK 08-09



Ini video untuk memperkenalkan AJK² batch 08-09. Selamat berkenalan dengan mereka. He he he...

Sunday, May 3, 2009

Masa Part 5 Diploma


Ni plak video persembahan AJK PERSIP. Macam biasa, aku diminta untuk wat video lagi walaupun aku bukan AJK. Huargh.... Penat woo buat video ni. Anyway, walaupun penat, aku suka wat. Tapi video ni agak susah nak buat sebab libatkan banyak pihak dan ada yang buat dengan rasa terpaksa. Tapi Alhamdulillah, jadi gak video ni. He he he.....

Saturday, May 2, 2009

Persembahan Part 6



Inilah antara karya aku yang paling aku minat. Sebahagian kenangan selama 3 tahun di UiTM Pahang disemadikan didalam video ini. Ramai yang membantu. Aku sangat² berterima kasih kepada yang membantu seperti insan² yang dah mengumpul gambar, video, mengarang sajak dan mendeklamasikan sajak tu. Dan tak lupa insan² yang dah memberikan idea² dalam pembikinan video ini. Video ini merupakan persembahan Part 6 semasa Dinner PERSIP. Sebagai batch yang diraikan, kami wajib mempersembahkan something. Maka, inilah hasil usaha kami. Kepada yang mengenali kami, kenanglah kehadiran kami dalam kehidupan kalian. Dan kepada kawan² yang sama² mengharungi segala suka duka didalam batch Piranha ni, jangan lupa kawan². Kalau boleh, contact² balik. Lupa nak bagitau. Batch kami digelar Piranha. Sebab pantang diberi makanan, sure habis dalam tempoh yang sangat singkat. Mungkin sebab tu kami 'besa'. (^_^)

Friday, May 1, 2009

Montaj Port Dickson



Video yang terbaru hasil kerja PeiJarL. Montaj ni patutnya dimainkan semasa Perasmian aktiviti 3 Serangkai di Port Dickson dulu. Tapi disebabkan masalah masa dan teknikal, ianya dimainkan sikit je. Sape² yang da tengok, boleh laa kiranya komen sikit ye. Untuk diperbaiki dimasa akan datang.