Saturday, May 2, 2009

Persembahan Part 6



Inilah antara karya aku yang paling aku minat. Sebahagian kenangan selama 3 tahun di UiTM Pahang disemadikan didalam video ini. Ramai yang membantu. Aku sangat² berterima kasih kepada yang membantu seperti insan² yang dah mengumpul gambar, video, mengarang sajak dan mendeklamasikan sajak tu. Dan tak lupa insan² yang dah memberikan idea² dalam pembikinan video ini. Video ini merupakan persembahan Part 6 semasa Dinner PERSIP. Sebagai batch yang diraikan, kami wajib mempersembahkan something. Maka, inilah hasil usaha kami. Kepada yang mengenali kami, kenanglah kehadiran kami dalam kehidupan kalian. Dan kepada kawan² yang sama² mengharungi segala suka duka didalam batch Piranha ni, jangan lupa kawan². Kalau boleh, contact² balik. Lupa nak bagitau. Batch kami digelar Piranha. Sebab pantang diberi makanan, sure habis dalam tempoh yang sangat singkat. Mungkin sebab tu kami 'besa'. (^_^)

No comments:

Post a Comment