Sunday, April 4, 2010

ASTRO

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Illahi, aku diterima bekerja di Astro sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan atau dengan nama saintifiknya Customer Service Executive. Walaubagaimanapun, aku terpaksa berusaha keras demi mendapatkan status "tetap". Apalah maknanya ada kerja tapikontrak, kan....
Sekarang dah masuk sebulan setengah aku di Astro menjawab panggilan pelanggan Astro. Alhamdulillah, setakat ni, prestasi aku ok, tak la teruk sangat, dan tak pula cemerlang. Aku masih berusaha untuk mencapai status pekerja tetap.
Minggu lepas, aku dapat surat SPA, jemputan ke Peperiksaan Khas untuk jawatan Pegawai Siasatan dan Penguasa Imigresen. Aku tak tahu nak 'study' apa untuk jawab soalan nanti. Aduhai, gementar sungguh rasanya.
Doakan aku berjaya ye, kalau tak dalam kerajaan, berjaya di Astro. (^_^)

No comments:

Post a Comment